Keikhlasan Jiwa

  • 03:57:51 am on Januari 22, 2009 | 0

    PENSUCIAN JIWA

    Keikhlasan itu tidak boleh bersatu di dalam hati yang mengandungi kecintaan kepada pujian dan dan berharapkan pujian dan masih lagi berharap memiliki apa yang dimiliki oleh manusia sepertimana air dan api ataupun biawak dan ikan boleh hidup bersama.

    Sekiranya jiwa kamu membimbing kamu mencari keikhlasan, maka pertama sekali palingkan perhatian kamu ke arah apa yang kamu inginkan itu dan bunuh ia dengan pisau yang menjauhkannya. Kemudian palingkan diri kamu kepada kecintaan dunia dan kemudian berpalinglah kepada mereka yang cintakan dunia demi untuk akhirat. Apabila kamu telah membuang kepujian dunia ini dan juga kemahuan kepada puji-pujian, dan ia menjadi utuh di dalam hati kamu, maka keikhlasan itu akan menjadi mudah bagi kamu.

    Sekiranya ditanya: Bagaimana saya boleh membunuh keinginan-keinginan kecintaan ini?

    Saya akan menjawab: Ia akan dimudahkan dengan mencari ilmu yang mana tidak ada apa yang dimahukannya di dunia ini kecuali harta di Tangan Allah swt sahaja dan tidak ada siapa yang mempunyai kuasa ke atas sesuatu kecuali Dia. Tidak ada sesiapa yang boleh memberikan perkara ini kepada hambaNya kecuali Allah.

    Dalam membuang kecintaan kepada pujian, ia hanya dapat dilakukan dengan mudah sekiranya kita tahu bahawa tidak ada yang akan dapat memberi manfaat atau mendatangkan mudarat kepada kamu kecuali Allah.

     

Tinggalkan Balasan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.